Sneak Peek: Novel

Assalamualaikum,

Ingat lagi tak?? Saya dah bagitahu nak bagi sneak peek novel Bab 1, yang saya dan Fatin telah buat! Kalau tak ingat tengok post semalam.Suka ke tak... Errr, saya buat part ni. Tapi Fatin edit buat lebih baik! Ini baru separuh.

“Tahun ini pergi Paris bukan ? Soal Pak Mat dengan selamba. Ira ketawa kecil.“Sudah tentu Pak Mat! Saya menunggu selama 10 bulan untuk menjejakkan kaki ke Paris,kota fesyen yang dibangga banggakan orang ramai. Lagipun, papa sudah memutuskan kita pergi ke sana!”

Pak Mat tersenyum. Dia tahu berapa lama Ira telah menunggu untuk ke Paris. Dia menyebut tentang Paris setiap hari. Pak Mat pun sudah bosan dan lali mendengarnya.

“Okey!Sudah sampai!” Pak Mat keluar dari kereta lalu membukakan pintu untuk Ira.Memang Pak Mat seorang pemandu yang sangat baik hati.

“Terima kasih Pak Mat! InsyaAllah,saya akan beli kad pos dari Paris! Assalamualaikum! “Ira melambai kepada pemandunya dengan senyuman yang manis dihadapan rumahnya.

Ira pergi ke arah pintunya yang besar seperti di istana raja lalu menekan punat loceng yang terdapat di tepi pintunya. “Ting tong”. Kedengaran bunyi loceng menguasai rumah itu.

Setelah 10 saat menunggu,masih tiada orang yang membuka pintu. Hanya sunyi dan sepi. Ira membebel sendirian “Haih!Manalah bibik bibik kesayangan aku ni.” Sememangnya Ira mempunyai/memiliki 2 orang bibik yang cekap.
Tiba tiba,pintu sebesar pintu istana raja itu terkuak. Terjengul kepala bibik Warna yang memakai telekung . “Maaf! Tadi bibik menunaikan solat zuhur. Bibik Warni pula sedang menyiapkan hidangan tengahari.” Ujar Bibik Warna dengan tergopoh gapah.Kemungkinan penat turun tangga yang banyak bilangannya. Ira hanya mengangguk faham. Dia membuka kasut dan masuk ke dalam rumah .
 Hari ini,dia memang penat tidak terkata. Dia asyik perlu menunggu dan menunggu sahaja. Mama dan Papanya pula tiada di rumah. Dia mengeluh. Dia benar benar berharap agar dapat membincangkan tentang perjalan ke Paris.
Bersambung...
Not allowed to copy...

Comments

Post a Comment

Popular Posts